PENGENALAN
Sel Urusetia RS bertanggungjawab di dalam segala hal berkaitan Rejimental, Kebajikan, Sukan dan Perakaunan Tabung Rejimen Sempadan.
WAWASAN
Mengkoordinasikan
semua hal berkaitan rejimental RS di dalam mengekalkan aspek tradisi,
adat istiadat serta semangat rejimental dan ketenteraan di kalangan
warga RS.
MISI
Menentukan aspek rejimental TD sentiasa mekar dan subur di dalam jiwa warga RS, sekaligus menjamin kesejahteraan RS.
PIAGAM SEL URUSETIA RS
Piagam Sel Urusetia RS adalah seperti berikut:
a.
Berusaha meletakkan pencapaian dan tradisi (nilai-nilai adat istiadat)
warga RS setanding dan setaraf dengan lain-lain Kor/Rejimen Infantri
yang lain.
b. Memastikan bekalan aksesori dan peralatan pakian RS yang berkaitan mencukupi dan mematuhi spesifikasi TD.
c.
Menentukan pengendalian Akaun Perkhidmatan Tabung RS (RF 1146) berada
pada tahap effisien dan memuaskan serta mendatangkan keuntungan/pulangan
yang baik.
d.
Memohon dan memproses pingat persekutuan, negeri dan apa-apa surat
penghargaan berkaitan kepada warga RS yang cemerlang dan terpuji di
dalam perkhidmatan TD.
e. Menjaga keharmonian hubungan dan kerjasama di antara RS dengan lain-lain Kor/Rej untuk faedah bersama.
f. Mengkoordinasi dan memberi khidmat nasihat berkaitan perkara rejimental RS di peringkat TD dan negeri.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Sel Urusetia RS bertugas dan bertanggungjawab kepada aspek-aspek berikut:
a. Menasihat Setiausaha RS dalam semua aspek rejimental yang berkaitan.
b. Merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan rejimental tahunan (penubuhan RS pada 12 Jan setiap tahun).
c.
Menyelaras aktiviti yang melibatkan perkara istiadat dan protokol dalam
sebarang acara rasmi yang dihadiri oleh Pengerusi RS.
d. Memantau dan menentukan segala keputusan Mesyuarat JKP RS diambil tindakan sewajarnya.
e. Mengurus sidang redaksi penerbitan Buletin RS tahunan.
f. Memproses dan mengurus surat-surat dan cenderahati kepada warga RS yang bersara dan menamatkan perkhidamatan.
g. Sentiasa meletakkan pencapaian dan tradisi warga RS setanding dan setaraf dengan lain-lain Kor/Rejimen Infantri yang lain.
h. Memastikan bekalan aksesori dan peralatan pakian RS yang berkaitan mencukupi dan mematuhi spesifikasi TD.
i. Menentukan pengendalian Akaun Perkhidmatan Tabung RS (RF 1146) berada
pada tahap effisien dan memuaskan serta mendatangkan keuntungan/pulangan
yang baik.
j. Mengendalikan permohonan dan memproses pingat persekutuan, negeri dan apa-apa surat
penghargaan berkaitan kepada warga RS yang cemerlang dan terpuji di
dalam perkhidmatan RS/TD.
k. Memastikan keharmonian hubungan dan kerjasama terbaik di antara RS dengan lain-lain Kor/Rej untuk faedah bersama.
m. Mengurus bantuan kewangan berkaitan perkara kebajikan warga RS.
n. Mengurus permohonan kewangan kepada tim-tim sukan RS dalam menyertai Sukan RS/TD.
o. Menyelaras penganugerahan cemerlang sukan tahunan kepada warga RS.
p. Menyelaras dan mengkoordinasikan apa-apa perkara berkaitan dengan rejimental yang diarahkan dari masa-kesemasa..