Pengarah Infantri dan seluruh warga Pihak Pengurusan Jabatan Arah Infantri mengucapkan takziah kepada kaum Keluarga Allahyarham dan mendoakan kepada Allah Subhanahuwata'ala agar roh-roh pejuang RS dicucuri rahmat dan keampuanan di dunia serta akhirat. Semoga mereka ditempatkan di sisi para Shuhada, Ambia dan Solihin. Amin.
Berikut adalah senarai pejuang RS yang gugur.
1. Allahyarham Mej Misnan bin Bakri (7501380) - Bertugas di Bn Ke-5 RS sebagai Ketua Kompeni. Meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 5 Jul 2013 dan dikebumikan di kampung halaman Allahyarham.
2. Allahyarham 6085813 Kpl Zulhazlee bin Ana Alias - Bertugas di Bn Ke-2 RS sebagai Ketua Seksyen dan pemain bola sepak Kor RS. Meninggal dunia akibat penyakit asthma pada 17 Ogos 13. Dikebumikan di kampung halaman Allahyarham.
3. Allahyarham 6120798 LKpl Ku Amirul bin Ku Rahim - Bertugas di Bn Ke- 2 RS sebagai Ketua Seksyen. Meninggal akibat dipanah petir sewaktu bertugas di OP Pantai Johor (7 Bgd) pada 18 Ogos 13.dan dikebumikan di kampung halaman Allahyarham.
Sumbangan ikhlas seluruh warga RS dialu-alukan dan boleh disalurkan kepada Keluarga Allahyarham melalui pasukan yang dinyatakan.
No comments:
Post a Comment