Pengkalan Hulu, Perak: Sambutan Hari Ulang Tahun RS yang ke 5 telah disambut dengan meriah dan telah dilaksanakan mulai 28 Feb 2013 hingga 3 Mac 2013. Majlis Tahlil dan Doa Selamat telah diadakan di Masjid Pengkalan Hulu, Perak pada 28 Feb 2013 jam 1930. Manakala Perbarisan sambuhan HUT RS telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Bgd Sempadan pada 1 Mac 2013 bertempat di Padang Kawad, Bn ke-3 RS, Kem Pengkalan Hulu, Perak dengan dihadiri oleh peg dan LLP. Majlis Makan Malam Rejimental (Peg) pula dikoordinasikan oleh Bn Ke-2 RS di Hotel Grand Riverview, Kota Bahru telah diadakan pada 2 Mac 2013. Lain-lain acara seperti lawatan oleh Pengerusi dan ahli BAKAT ke hospital dan rumah anggota dilaksanakan secara decentralised pada 4 Mac 2013. Manakala Acara Derma Darah dilaksanakan oleh pasukan RS untuk mengisi tabung darah hospital negeri masing-masing.
Kecemerlangan Sukan
Port Dickson, Negeri Sembilan: Rejimen Sempadan (RS) dinobat juara Kejohanan Bola Sepak Antara Kor/Rejimen Tentera Darat 2013 selepas menewaskan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), 1-0 pada perlawanan akhir di padang Rejimen Kor Amor Diraja pada 22 Mei 2013. Hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi. Penyerang LKpl Faizal Lasah muncul wira Pasukan Bola RS apabila menyudahkan hantaran lintang rakan sepasukan untuk menewaskan penjaga gol RAMD, Mohd Fakri Hassan pada minit ke-115. Perlawanan berlarutan ke masa tambahan dan kedua-dua pasukan mempamerkan semangat juang tinggi apabila tidak berputus asa memburu gol walaupun pergerakan sedikit terbatas berikutan padang yang becak. Kejayaan itu membolehkan RS menjulang piala pusingan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Tentera Darat (PBTD) Mej Jen Datuk Khlir Mohd Nor. Setiausaha Kehormat PBTD Lt Kol Aziz Ahmad berkata, 15 pasukan daripada semua kor/rejimen Tentera Darat seluruh negara terbabit dalam kejohanan anjuran PBTD yang diadakan liga empat kumpulan bermula awal bulan ini.
KERATAN AKHBAR TEMPATAN
ARKIB : SINAR HARIAN 14/08/2013
ATM jamin sempadan Kelantan terkawal
KOTA BHARU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan bahawa sempadan Malaysia-Thailand sejauh 140 kilometer adalah terkawal.
Panglima Lapan Briged Infantri, Brig Jen Datuk Mohd Zaki Hamzah berkata kawalan sempadan itu dari Pengkalan Kubor di Tumpat hingga Batu Melintang di Jeli, di bawah Ops Merpati dan Ops Wawasan, ternyata membuahkan hasil apabila pihaknya berjaya mengurangkan aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
"Kawasan sempadan yang diletakkan di bawah pengawasan Rejimen Pertama Rejimen Sempadan dengan kekuatan 600 anggota bertugas 24 jam sehari dengan rondaan secara berjalan kaki ataupun bermotosikal.
"Kita turut mengadakan serang hendap pada waktu malam di beberapa pangkalan haram yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan. Setakat ini kita kesan ada 150 pangkalan haram beroperasi di sepanjang sempadan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.
Mohd Zaki berkata kerjasama dengan agensi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ternyata banyak membantu mengurangkan kadar jenayah di sempadan.
Beliau berkata antara kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan itu sehingga Ogos tahun ini ialah merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM12 juta dan menahan 123 pendatang asing tanpa izin yang cuba masuk ke negara ini melalui lorong tikus.
"Kita turut menahan 12 pendatang asing tanpa izin pada petang dan malam semalam. Warganegara Myanmar merupakan pendatang asing tanpa izin yang paling ramai ditahan dengan menjadikan pekan Golok di Selatan Thailand sebagai pusat transit mereka untuk masuk ke negara ini," katanya. - Bernama
ARKIB : Utusan Online 29/06/2013
ATM rampas pil kuda bernilai RM4.8 juta
KOTA
BHARU 28 Jun - Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk pil kuda ke negara ini selepas merampas sebanyak 162,000 biji bahan terlarang itu yang bernilai RM4.8 juta di Pengkalan Haram Gergaji, Rantau Panjang di sini malam kelmarin.
Kejayaan tersebut hasil operasi serang hendap yang dilakukan dua anggota Batalion 3 Rejimen Sempadan selepas mengesan kehadiran seorang lelaki dipercayai warga Thailand yang menggunakan sebuah bot merentasi Sungai Golok bersama kesemua dadah tersebut pada kira-kira pukul 10.30 malam, Rabu lalu.
Panglima 8
Bridged, Datuk Mohd. Zaki Hamzah berkata, serang hendap tersebut berjaya menyekat kemasukan lelaki itu. Bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri kembali ke Thailand
selepas meninggalkan kesemua barang yang dibawanya di tebing sungai. "Kedua-dua anggota kemudiannya segera melakukan pemeriksaan lalu menemui dua guni ditinggalkan di situ dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 37 paket dadah di dalamnya.
"Kami percaya dadah itu ditinggalkan untuk diambil oleh orang lain namun kepantasan anggota kita berjaya mengekangnya daripada memasuki pasaran negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, kesemua dadah itu diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Pasir Mas dan satu laporan polis telah dibuat berhubung rampasan itu.
Mohd. Zaki berkata, rampasan tersebut merupakan yang terbesar tahun ini dan beliau berharap anggotanya dapat melakukan tugas dengan lebih baik selepas ini terutama menghalang kemasukan barangan terlarang.
Mengulas kawalan sempadan
Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok atau kawasan Ops Wawasan, beliau berkata, satu batalion anggota daripada Batalion 3 Rejimen Sempadan sentiasa melakukan rondaan sepanjang 24 jam.
"Kami buat banyak tangkapan dan pengawasan amat ketat, anggota bekerja bertungkus lumus untuk menentukan keselamatan keadaan sempadan.
"Begitu juga semasa Ramadan banyak bunga api diseludup, kami sudah pun dapat sikit, bila datang bulan puasa mungkin banyak lagi, kami nasihatkan jangan cuba seludup kerana kita sentiasa berkawal di kawasan sempadan," tambahnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130629/je_01/ATM-rampas-pil-kuda-bernilai-RM4.8-juta#ixzz5VdZ2XIAj
© Utusan Melayu (M) Bhd
ARKIB : SINAR HARIAN 26/11/2012
Tentera patah cubaan seludup dadah RM8 juta di Sg Golok
26
November 2012
RANTAU
PANJANG - Anggota Tentera yang bertugas di kawasan sempadan
Kelantan-Thailand mematahkan cubaan menyeludup dadah pil kuda sebanyak 398,000 biji yang dianggarkan bernilai RM8 juta di sebuah pangkalan haram di Sungai Golok di sini, malam tadi.
Panglima 8 Briged Infantri yang berpangkalan di Pengkalan Chepa, Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah berkata, kejayaan itu adalah hasil rondaan dua anggota Batalion ke-IV, Rejimen Sempadan di kawasan itu kira-kira pukul 11 malam.
Ketika mengadakan rondaan kira-kira 200 meter dari markas pasukan di Pengkalan Ibrahim Pencen, kedua-dua anggota rejimen itu terserempak dengan seorang lelaki yang sedang memikul sebuah guni dan sebuah kotak sebelum suspek melarikan diri.
"Suspek melarikan diri di dalam kegelapan walaupun anggota tentera itu cuba menangkapnya dengan meninggalkan barangan itu serta sebuah motosikal di tebing sungai," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata rampasan dadah yang dipercayai diseludup dari negara jiran itu adalah yang terbesar pernah dilakukan anggota rejimen itu sejak mengambil alih tugas rondaan Ops Wawasan di sepanjang pinggir sungai itu Khamis lepas.
Mohamad Zaki berkata dadah dan motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran Thailand bernilai RM5,000 diserahkan kepada cawangan nakortik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pasir Mas untuk tindakan lanjut. - Bernama
No comments:
Post a Comment